Artikel di bawah ini telah pun di"copy paste" dari sebuah url. ia adalah pengakuan seorang wanita yang telah pun mengalami proses bercinta dan telahpun berkahwin dengan orang yang dicintainya itu.
Cinta seolah-olah tampil berbeza bagi berlainan orang dan pada berlainan masa. Berikut adalah beberapa ungkapan yang anda mungkin pernah dengar mengenai cinta:
“Cinta itu buta.”
“Nikmat cinta berkekalan tetapi untuk beberapa ketika sahaja, penderitaan akibat cinta berkekalan sepanjang hayat.” - Pepatah Perancis.
“Cinta bermula dengan senyuman, subur dengan ciuman dan berakhir dengan air mata.” - Dana Loeffel.
Adakah adakah masih ingat masa anda mula-mula jatuh cinta dengan pasangan anda?
Bagaimana cinta tampil bagi anda di waktu itu? Adakah ianya seperti ini?
“Lelaki yang dilamun cinta nampak jerawat sebagai lesung pipit.” - Pepatah Jepun.
“Cinta bermakna anda tidak perlu meminta maaf.” - Erich Segal.
“Cinta sungguh menakjubkan, sungguh suci, menuntut jiwaku, hidupku, kesemua milikku.” - Isaac Watts.
“Cinta membuat kita terus hidup.” - The Scorpions.
Kata-kata di atas kena tepat pada diri saya. Hidup ini penuh dengan kegembiraan semasa saya sedang bercinta dengan pasangan saya lebih 20 tahun yang lalu. Namun segalanya berubah selepas beberapa tahun berkahwin. Justeru saya sangat bersetuju dengan kata-kata berikut:
“Cinta itu buta, perkahwinan pembuka mata.” - Pauline Thomason.
Saya bertanya kepada diri kenapa dia tidak sesempurna semasa kami sedang bercinta?
Kenapa dia berubah? Selepas merenung ke dalam diri saya sedar yang saya mempunyai pengharapan yang beliau harus penuhi. Saya mengharap dia berkelakuan dengan kelakuan tertentu. Saya mengharap dia berkomunikasi dengan saya dengan cara tertentu. Apabila ianya tidak dipenuhi, saya rasakan cinta itu perang.
“Pada hari awak melintasi sempadan, saya dapati cinta itu peperangan.” - The Scorpions.
Ketika sedang bercinta, kita berkelakuan dengan kelakuan yang disukai oleh pasangan kita untuk memenangi hatinya. Bila sudah berkahwin, diri kita yang sebenar akan muncul. Ketika itulah kita perasan perangai pasangan kita yang kita tidak sukai, lalu terjadi peperangan.
Sekarang saya sedar yang saya mempunyai pilihan, untuk merasa bahagia atau hidup dalam kemarahan dengan menyalahkan isteri kerana tidak memenuhi harapan saya. Saya memilih bahagia dan menerima apa yang ada dan apa yang tiada pada isteri saya. Ini tidak bermakna saya bersetuju dengan caranya cuma kebahagian adalah lebih penting. Hidup kami sekarang penuh dengan gurau senda dan gelak ketawa seperti masa bercinta dahulu.
“Kita mendapat cinta bukan dengan mencari seorang yang sempurna, tetapi belajar melihat seseorang yang tidak sempurna sebagai sempurna.” - Sam Keen
“Cinta tidak ada kena mengena dengan apa yang harap akan dapat, tetapi apa yang anda sepatutnya berikan, ia-itu segalanya.”
Cinta adalah menerima seseorang sebagai dirinya yang sebenar, menerima apa yang ada dan apa yang tiada pada dirinya. Jika anda bersedia menerima pernyataan ini, anda akan menemui cinta sejati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment